CIDB IBS SDN BHD, One-Stop-IBS-Centre.

CIDB IBS
4 min readNov 9, 2020

--

Galeri Komponen IBS, Cheras.

Industri pembinaan di Malaysia merupakan salah satu penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, agensi bagi mengawalselia Industri Pembinaan telah ditubuhkan dibawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai CIDB ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan, mengawal selia, menguatkuasa dan juga melaksanakan tugas dan fungsi yang berkaitan Industri Pembinaan di Malaysia.

Peranan dan fungsi utama CIDB adalah berasaskan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520). Akta 520 telah dipinda pada tahun 2011 memperkemaskan lagi dan fungsi CIDB Malaysia. Terdapat 14 fungsi-fungsi CIDB Malaysia bagi menaiktaraf kualiti kerja secara menyeluruh. Disokong dengan agenda Kerajaan yang terikini iaitu, “Construction Industry Transformation Program 2016–2020 (CITP 2016–2020)”.

Pada tahun 2017, menyokong kepada salah satu tunjang utama CITP, iaitu Produktivi, CIDB IBS diwujudkan sebagai pengantara pemain industri dan pihak Kerajaan, serta berperanan untuk merealisasikan kaedah pembinaan yang produktif iaitu Industrialised Building System (IBS) ke dalam projek pembinaan di Malaysia. . Berlokasi di IBS Village, Cheras, CIDB IBS adalah “one-stop-IBS-centre” di Malaysia. Selaras dengan slogan kata CITP “Bersama Memacu Kecemerlangan Industri Pembinaan” , visi CIDB IBS adalah untuk menjadi peneraju utama dalam penyelesaian dan pemangkin kepada transformasi industri IBS. Penggunaan teknologi dan metodologi baru dalam industri pembinaan bukan lagi sebagai pilihan, sebaliknya adalah menjadi satu keperluan.

Teknologi IBS adalah satu teknologi yang tidak asing lagi dalam industri pembinaan tidak sahaja di Malaysia, malahan di dunia. Melalui inisiatif CITP, teknologi IBS telah dikenal pasti sebagai satu pemangkin perubahan dalam industri pembinaan. IBS menawarkan faedah-faedah yang dilihat mampu menambah baik kualiti dan mempercepatkan tempoh pembinaan. Sehubungan dengan itu, CIDB IBS menjadi pusat rujukan untuk teknologi IBS serta menawarkan 3 komponen perkhidmatan utama berkaitan industri IBS:

  1. Pembangunan dan Pensijilan
  2. Pengurusan Industri IBS
  3. Penasihat/Konsultan dan Pengurusan Project.

Terdapat pelbagai komponen perkhidmatan disediakan bagi Pembangunan dan Pensijilan. Antaranya adalah “Vendor Development Program (VDP)”. VDP adalah untuk mewujudkan dan membangunkan penggiat IBS baru dari kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain itu, VDP juga menyediakan platform dan peluang kepada usahawan-usahawan PKS baru untuk menceburi perniagaan dalam industri pembinaan IBS. Program VDP juga bertujuan untuk menambah dan memperkasakan lagi jaringan ekosistem IBS di Malaysia dan dapat meningkatkan bilangan pengeluar IBS.

VDP IBS menawarkan program-program yang dikenal pasti mampu mencapai matlamat program VDP ini dilaksanakan. Program latihan pembangunan kapasiti akan diberikan kepada para peserta supaya lebih ramai lagi pengeluar IBS baharu boleh dilahirkan. Proses penilaian ke atas produk-produk IBS juga dilaksanakan supaya produk-produk yang dikeluarkan mengikut standard yang telah ditetapkan selain berkualiti dan diiktiraf oleh skim CIDB. Penggunaan konsep standard rekabentuk Sistem Terbuka IBS juga diterapkan kepada para usahawan PKS ini. Hal ini kerana konsep standard rekabentuk ini merangkumi kriteria-kritera;

1. Sistem Terbuka IBS
2. Building Information Modelling (BIM)
3. Minimum 70 skor IBS
4. Kos pembinaan yang efektif.

IMPACTS — “IBS Manufacturer & Product Assessment & Certification” adalah salah satu program penilaian dan pensijilan yang ditawarkan oleh CIDB bagi pengilang atau pengeluar produk IBS. Program ini dilaksanakan berdasarkan standard yang telah dikeluarkan oleh CIDB iaitu CIS 24:2018; Penilaian dan Pensijilan Pengeluar dan produk IBS. CIS 24 ialah garis panduan untuk memastikan kualiti komponen IBS mengikut standard yang telah ditetapkan melalui kaedah penilaian sistematik.

IMPACTS juga adalah satu sistem pensijilan dan penilaian yang bersifat holistik. Terdapat empat fasa yang perlu dilalui oleh produk supaya produk yang dikeluarkan adalah mengikut standard yang telah diwartakan oleh CIDB. Empat fasa tersebut adalah Verifikasi, Validasi, Pengujian dan Pensijilan. Dengan pelaksanaan sistem ini, produk-produk yang dikeluarkan oleh pengilang adalah produk yang berkualiti tinggi dan terjamin.

CIDB IBS juga menawarkan khidmat Perundingan dan Nasihat Profesional kepada usahawan yang memerlukan. Ia adalah untuk membantu, menyelesaikan dan kepentingan penggunaan teknologi IBS dalam industri pembinaan. Konsep Standard Reka Bentuk IBS juga di promosikan kepada pengusaha. Sehingga kini, CIDB IBS mempunyai 32 Standard Reka Bentuk IBS yang merangkumi reka bentuk arkitek, sivil & struktur, M&E (analisis dan lukisan), anggaran kos pembinaan, pengiraan IBS SKOR, cadangan sistem IBS yang digunakan, dan koordinasi BIM.

Selari dengan perkembangan era digital, market place yang berperanan seperti Trading House telah dibangunkan. Market place yang dinamakan IBSware.com dijangka akan dilancarkan pada awal 2021. Berperanan sebagai platform perdagangan produk pembinaan atas talian, IBSware.com secara tidak langsung dibina untuk menghubungkan para pembekal dan konsumer serta melaksanakan transaksi yang telus dan efisien.

CIBD IBS sedia membantu anda merealisasikan impian anda menggunakan teknologi IBS yang efisien dan efektif. Jika anda berminat untuk menyertai atau menggunakan khidmat yang disediakan CIDB IBS berkaitan industri IBS, anda boleh berhubung dengan CIDB IBS di talian 03–92815910 atau emelkan kepada info@cidbibs.com.my.

--

--

CIDB IBS
CIDB IBS

Written by CIDB IBS

A new venture providing services to support the government and industry players in addressing the implementation of IBS initiatives under Construction Industry.

No responses yet