Isu IBS di Sabah terus diperhalusi

CIDB IBS
2 min readSep 23, 2020

--

Artikel disiarkan pada 19 Ogos, 2020 | Utusan Borneo Online

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) di negeri ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, CIDB turut bekerjasama dengan Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dalam menjalankan kajian terperinci berhubung isu berkenaan.

Katanya, kaedah IBS digunakan di Sabah pada 2018 namun tahun lepas, hasil perbincangan dengan pihak JKR Sabah dan Kabinet negeri, kaedah konvensional bangunan konkrit kembali digunakan.

Menurutnya, pemilihan semula binaan bangunan konkrit berikutan beberapa isu yang dihadapi semasa pelaksanaan IBS sebelum ini di Sabah.

“Kita berharap selepas kajian dijalankan, semua isu berkaitan IBS yang dihadapi kontraktor serta persepsi awam mengenai bangunan IBS dapat diselesaikan.

“Kaedah IBS masih baharu dan masyarakat masih belum biasa dengan penggunaan sistem ini begitu juga dengan pihak berkepentingan yang lain.

“Sehubungan itu, usaha akan terus dipertingkatkan kerana bagi saya IBS adalah kaedah yang maju ke hadapan jika kita mahu bersaing dalam arena global,” katanya.

Kredit: Utusan Borneo Online

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaik Taraf 17 sekolah Daif di sini semalam.

Menurutnya, antara cabaran yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan IBS termasuklah pengilang serta kontraktor yang menjalankan pemasangan.

Fadillah berkata, sekiranya sistem berkenaan dapat diperbaiki dan isu yang timbul ditangani sebaiknya, kaedah IBS tentunya dapat diterima oleh semua pihak yang berkepentingan.

“Persepsi umum lebih suka dan memilih kaedah konvensional memandangkan IBS menggunakan material baharu yang berbeza dengan bangunan konkrit.

“Bagaimanapun, negara Jepun yang mempunyai risiko tinggi dilanda gempa bumi turut menggunakan hampir 100 peratus bangunan IBS.

“Justeru, standard IBS yang dilaksanakan adalah mematuhi dengan piawaian yang ditetapkan oleh JKR,” katanya.

Artikel disiarkan pada 19 Ogos, 2020 | Utusan Borneo Online

--

--

CIDB IBS
CIDB IBS

Written by CIDB IBS

A new venture providing services to support the government and industry players in addressing the implementation of IBS initiatives under Construction Industry.

No responses yet